BERSYUKURLAH dan terima kasih semua.
- Admin

- Aug 13, 2023
- 1 min read

BERSYUKURLAH dan terima kasih semua.
Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran atas kemenangan ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua.
Saya mohon seluruh pimpinan dan ahli PAS melakukan sujud syukur di atas kejayaan mempertahankan kemenangan di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah dengan kemenangan yang lebih besar di samping berjaya meningkatkan kemenangan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Alhamdulillah terbukti PN semakin diyakini oleh rakyat menjadi parti masa depan. Walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan, ugutan dan siasatan sepanjang kempen PRN, namun PN tetap berjaya menambat hati pengundi.
Satu kajian menyeluruh akan diadakan bagi memastikan wakil yang telah dipilih dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin agar amanah rakyat ini dapat dilaksanakan.
Kajian juga akan meneliti beberapa sasaran yang tidak dapat dicapai bagi mengatasi kelemahan yang berlaku. Jawatankuasa post mortem akan ditubuhkan bagi menyediakan laporan lengkap bagi PRN kali ini.
Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua petugas parti, para penyokong, dermawan serta amilin parti. Tidak dilupakan juga kepada para pengundi yang telah memilih PN dalam PRN kali ini. Kepercayaan anda semua sangat dihargai.
Salam perjuangan
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS



Syukur Alhamdulillahir Rabbil'Alamin Alrahmanir Rahim 🤚🐯🌺☪️🇲🇾
Alhamdulillah, moga segala strategi diatur dengan lebih terperinci, setiap kesilapan semasa PRN perlu diatasi dgn cekap, insyaAllah PRU16 PN mampu bebaskan Putrajaya, saya lebih suka guna perkataan "Bebaskan" daripada "Tawan" kerana itulah matlamat kita untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman pemimpin kakistokrasi dan kleptokrasi insyaAllah
Allhammdulillahh 🤲🤲🤲🤲🤲. TAKBIRR..... ALLAHHUAKBAR..... ALLAHHUAKBAR..... ALLAHHUAKBAR.....
alhamdulillah, always akan sokong PN 🔵, saya & ahli keluarga sentiasa sokong PN 💯
Subhanallah
Alhamdulillah
ALLAH HU AKHBAR
Allah humma solli ala Sayyiddina Muhammad
Wa ala Ali Sayyiddina Muhammad