INFOGRAFIK "Model Baharu Ekonomi Malaysia" oleh YB Syahir Sulaiman
- MHI

- Aug 9, 2023
- 1 min read

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2023 - Debat di antara Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Bachok, YB Syahir Sulaiman bertajuk 'Model Baharu Ekonomi Malaysia' telah ditonton oleh rakyat Malaysia di serata negara. Berikut merupakan antara intipati pembentangan oleh YB Syahir Sulaiman sebagai solusi ekonomi buat negara.

Model Baharu Ekonomi Malaysia mestilah menjawab 4 persoalan utama di atas; 1. Apakah Matlamatnya? 2. Apakah Terasnya?
3. Apakah Platformnya? 4. Apakah Hasilnya?

Sementara itu, kita juga perlu berterima kasih kepada 'Our Founding Fathers' dalam membangunkan ekonomi negara semenjak kemerdekaan tanah air ini.

YB Syahir Sulaiman mengatakan, "Jika Tun Razak meletakkan ‘National Unity’ sebagai matlamat DEB, saya meletakkan ‘National Stability’ sebagai matlamat model baharu ini."
Matlamat untuk mencapai Kestabilan Nasional terdiri daripada 4 Teras Utama:
Keadilan Ekonomi (Economic Fairness)
Kitaran Ekonomi (Economic Cycle)
Kesederhanaan Ekonomi (Economic Moderation)
Integriti Ekonomi (Economic Integrity)

Persoalannya, apakah kiblat ekonomi madani? Pemerhatian YB Syahir Sulaiman menyatakan bahawa Ekonomi Madani tiada halatuju, tiada identiti dan tiada patriotik.

Kesimpulannya, inilah Model Baharu Ekonomi Malaysia yang lebih melengkapi segenap aspek untuk menyelesaikan kemelut ekonomi yang melanda negara kita sekarang.
Untuk mudah difahami, Model Ekonomi ini digambarkan seperti sebuah rumah yang kukuh dan stabil. Bumbung: KESTABILAN NASIONAL
Tiang 1: KEADILAN EKONOMI
Tiang 2: KITARAN EKONOMI
Tiang 3: KESEDERHANAAN EKONOMI
Tiang 4: INTEGRITI EKONOMI
Halaman: KETERJAMINAN MAKANAN
Inilah ia Ekonomi Prihatin, Bersih & Stabil : Ekonomi BEST
- Admin PNBEST.my -



PN pilihan rakyat
Insha Allah saya yakin model ekonomi yang dibentangkan oleh YB Syahir ini akan membentuk pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mapan dan berkembang pesat. Ini adalah kerana ianya mempunyai asas teras yang kukuh dan hala tuju yang lebih realistik. Secara jujurnya apa yang dibentangkan oleh beliau nampak ringkas dan bersahaja tetapi isi yang disampaikan itu sebenarnya jelas dan padu💪💪
Semoga Allah memberkati dan merahmati perjuangan anda dan kita semua. Insya-Allah.
bagi saya model ekonomi yang dibentangkan oleh yb syahir ni realistik dan mempunyai matlamat untuk dilaksanakan, namun ia perlu diolah dan diterangkan secara terperinci agar tidak dimanipulasi oleh pihak2 lawan, mlm tadi mungkin yb syahir kesuntukan masa untuk menerangkan satu persatu, jadi saya mencadang agar ia diterangkan di dalam bentuk bertulis
Teruskanlah berjuang saudara2ku demi agama bangsa Dan negara.semoga dipermudahkan segala urusan Dunia Dan akhirat 🤲🤲🤲🤲🤲..... TAKBIRRR..... ALLAHHUAKBAR..... ALLAHHUAKBAR..... ALLAHHUAKBAR.....